Friday, 19 September 2014

karangan syarahan keburukan dan kebaikan internet

         Kebaikan Dan Keburukan Internet

      Internet merupakan salah satu teknologi yang digunakan kebanyakan manusia zaman sekarang untuk mencari maklumat.Kebanyakan manusia zaman lebih gemar mencari maklumat menggunakan internet kerana lebih mudah kerana dengan hanya menulis tajuk,kita sudah mendapat jawapannya.

        Adakah anda tahu,internet juga mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri?Antara kebaikan internet ialah kita dapat mencari maklumat dengan mudah.kita tidak perlu ke perpustakaan untuk mencari maklumat.Dengan cara ini,kita dapat menjimatkan masa dan memudahkan kerja-kerja kita.Kita juga akan memperoleh lebih banyak maklumat di internet berbanding membaca buku.

          Internet juga menjadi sumber pendapatan sebilangan orang yang menjalankan perniagaan secara atas talian yang lebih dikeneli sebagai 'online'.Kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi yang masih belajar di universiti melakukan perniagaan ini untuk mendapatkan duit poket.Perniagaan secara atas talian ini memudahkan kita untuk membeli barang kerana kita tidak perlu keluar dari rumah dan berjalan jauh.ini menjimatkan masa kita.

          Keburukan internet pula ialah internet menjadikan kita mudah membuatkan kita alpa sekaligus menjadikan kita lupa akan tugasan yang perlu kita lakukan kerana kita sudah terlalu leka dengan segala macam laman sesawang seperti you tube,Twitter,Facebook dan sebagainya.

           Internet juga boleh menimbulkan fitnah.Ini kerana dengan internet,kita boleh 'mengedit' gambar asal dan menjadikan gambar itu sebagai bahan untuk memalukan empunya gambar itu.Orang itu juga boleh membuka aib seseorang di laman sosial seperti Twitter dan Facebook.

         Jadi,internet juga mempunyai baik buruknya.Kita perlulah menggunakan kemudahan ini dengan sebaik-baiknya.Janganlah kita menggunakan kemudahan internet untuk tujuan yang tidak baik.
      
                             *tamat*semoga puas hati 

7 comments:

  1. Harap korang puas hati okey :-)

    ReplyDelete
  2. oklah lah niiii bagi saya......boleh ambik untuk buat ULBS BM tingkatan 5!apa pun thx for upload!!

    ReplyDelete
  3. Ok lh nie. Blh hfl untk prcubaan PPSR.. ..

    ReplyDelete
  4. Format yg digunakan salah tiada pengenalan,kata penghadapan dan penutup.

    ReplyDelete
  5. Saye Suka sangat...terima kasih yee..sangat²

    ReplyDelete
  6. Bagus sekali manusia meniru be LIKE Read Jawapan kata sama cikgu saya buat sendiri kepala bapak kau tapi larangannya bagus BTW aku pun turut

    ReplyDelete